Monday, October 26, 2009

Proses Kreatif Dalam Pengkaryaan

Proses kreatif dalam pengkaryaan dipecahkan kepada tiga. Tiga perkara berkenaan ialah kecerdasan(konsep), perancangan(rekaan), dan produk/karya(bentuk). Tiga subjek atau perkara ini akan terlibat dalam proses penghasilan karya. Hal ini meliputi persediaan, pengeraman, pengilhaman, dan penentuan. Keempat-empat perkara ini sentiasa mengikut alirannya. Selain itu, keempat-empat perkara ini sentiasa berhubungkait dengan kecerdasan(konsep), perancangan(rekaan), serta produk/karya(bentuk). Aliran atau proses penghasilan karya berkenaan semestinya mempunyai masalah. Misalnya bagi memperoleh idea, atau konsep. Semestinya, dalam menghasilkan karya, terdapat, masalah untuk memperolehi idea. Cara yang perlu lakukan untuk mengatasi masalah tersebut ialah seperti membuat analisa tentang perkara yang berkenaan, ataupun berimaginasi atau berfikir. Bagi proses untuk membuat keputusan atau menzahirkan ilham, cara yang sesuai ialah dengan mengimiginasikan bentuk yang ingin dizahirkan. Selain itu, dalam proses berimiginasi ini kita juga perlu membuat keputusan bagi menentukan pilihan terhadap idea yang telah dizahirkan itu. Setelah beberapa idea telah dizahirkan, barulah proses untuk mengembangkan idea asal kepada idea yang baru. Proses ini turut dikenali sebagai proses pengembangan idea. Idea yang diubah suai itu turut disertakan dengan perubahan kosep yang dipilih bagi menghasikan idea yang baru serta yang lebih berkualiti. Akhir sekali, barulah pemilihan bentuk serta konsep yang ingin diutarakan dilakukan. Pemilihan bentuk serta konsep ini mestilah mengikuti kriteria yang ingin disampaikan atau yang ingin diutarakan oleh pengkarya atau pelukis berkenaan.

Friday, October 2, 2009

Otak


Apa itu otak??
Otak manusia sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama otak manusia dinamakan Serebelum. Bahagian ini terletak di bawah atau belakang otak manusia. Serebelum merupakan otak yang kecil yang menjadi pusat kepada koordinasi otot dan keseimbangan badan serta mengawal proses pernafasan, penghadaman, dan metabolisme badan.
Bahagian kedua pula dikenali sebagai sistem limbik. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu hipothalamus dan hippocampus. Bahagian ini memainkan peranan utama mengawal emosi, deria bau, deria rasa, dan tingkahlaku seksual. Ia juga mengawal tindakan logikal untuk merangsang keinginan-keinginan seperti, rasa lapar, dahaga dan tindakan pertahakan diri. Bahagian ini jugalah yang banyak mengawal tahap kepintaran emosi.
Bahagian otak yang ketiga ialah neocortex atau dikenali sebagai Sereberum. Ia merupakan pusat pemikiran dan kesedaran seseorang. Disinilah letaknya pusat kawalan untuk mengawal kemampuan dan keupayaan menguasai bahasa, pemusatan perhatian (focusing), memori, fikiran, dan kemahiran motor. Keupayaan minda dan tahap keintelektualan (IQ) seseorang banyak dikawal oleh bahagian ini.

Kelebihan Otak Sebelah Kanan.
Bahagian otak sebelah kanan ini kebiasaannya banyak digunakan oleh kaum wanita. Otak kanan adalah bersifat emosional, seni dan berperasaan.

Keistimewaan otak sebelah kanan :

- mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.
- daya konsentrasi sangat tinggi.
- kefahaman bahasa yang ulung.
- tidak pernah kering idea
- kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.
- mudah memahami sesuatu yang abstrak.
- memiliki kemahiran belajar secara cemerlang.

Namun demikian, terdapat pelbagai cara untuk seseorang individu itu meningkatkan tahap kekuatan minda, selain daripada menjaga pemakanannya. Kita tidak tahu bahawa, dengan membaca Al-Quran sebenarnay boleh menguatkan minda. Bahkan ia merupakan kaedah paling utama. Kata-kata hikmah arab ada mengatakan bahawa, " Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)." Kata cendekiawan Islam pula, " orang yang mengamalkan bacaan Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun ".